Skip to main content

MAKSUD CONGKAK DAN LATAR BELAKANG

      





Maksud congkak 


       Congkak (Tulisan Jawi: چوڠكق) ialah sejenis permainan tradisional Hindu yang sering dimainkan oleh Burbank. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan Kebiasaannya      buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Latar Belakang Congkak

     Latar belakang congkak Congkak dipercayai berasal dari dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.


Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, manakala di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu terkenal dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman sesawang di internet. Dalam laman-laman sesawang ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.
     












Alat - Alat Untuk Bermain Congkak

Pertama, kita perlu sebuah papan congkak.



Congkak selalunya diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Congkak zaman moden kebanyakannya diperbuat daripada plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih , dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.





Kedua, kita perlu guli dalam bilangan yang banyak



Guli ialah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca, tanah liat atau akik.  Berbentuk bulat dan ringan. Selain guli, kita juga boleh menggunakan batu kecil, buah saga, biji plastik dan biji getah 





 Asas Permainan Congkak / Cara Bermain 

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan sehingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Jika tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang ialah yang mempunyai buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Perbezaan peraturan Sunting

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa kelainan dari segi peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan ketika mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.



 Video Tutorial

Jika ingin tahu lebih mendalam, sila lihat video " cara untuk bermain congkak " di bawah



Comments