Pertama, kita perlu sebuah papan congkak. Congkak selalunya diperbuat daripada kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat daripada kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Congkak zaman moden kebanyakannya diperbuat daripada plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih , dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Kedua, kita perlu guli dalam bilangan yang banyak Guli ialah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca, tanah liat atau akik. Berbentuk bulat dan ringan. Selain guli, kita juga boleh menggunakan batu kecil, buah saga, biji plastik dan biji getah
Hello ! TRADISIONAL HUB is here, This blog is designed to explain about the " Permainan Tradisional Congkak " as a work for subject " Kokurikulum " Hope you all enjoy with my blog. Thank You !